Wednesday, March 31, 2010

HANTARAN KAWIN TINGGI

0 comments
Read full story

PENTINGNYA SMM(SISTEM MAKLUMAT MURID)

0 comments
2010/03/31
GEORGETOWN: Seorang pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Damai, Bukit Mertajam, meninggal dunia dipercayai akibat komplikasi jantung ketika mengikuti latihan sukan sekolahnya, semalam.

Ang Eng Giap, 13, pelajar tingkatan satu, terjatuh dan tidak sedarkan diri ketika sedang berlari acara 100 meter kira-kira jam 7.30 pagi.
Berikutan itu, dia dibantu oleh guru rumah sukannya dan bapanya turut dimaklumkan kejadian berkenaan.
Selepas itu, dia dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam dengan menaiki ambulans dengan diiringi bapanya. Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd Lah, mengesahkan pelajar itu mengalami komplikasi jantung ketika menjalani latihan sukan.

"Kami mendapati pelajar itu secara rela mengikuti latihan sukan dan mengklasifikasikannya sebagai kematian mengejut," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Ibrahim Mohamad, berkata pihak sekolah terus menghubungi ambulans dan memaklumkan kepada keluarganya mengenai kejadian itu.
Katanya, bapa pelajar itu memberitahu anaknya pernah mengalami komplikasi jantung ketika zaman kanak-kanak.

"Bagaimanapun, pihak sekolah yang melakukan pemeriksaan pada rekod Sistem Maklumat Murid (SMM) mendapati bahagian penyakit kronik atau adanya sebarang komplikasi ditanda 'tiada'," katanya.

Ibrahim berkata, guru kelas dan pihak sekolah juga tidak dimaklumkan mengenai penyakit yang dialami pelajar itu atau pernah berlaku masalah komplikasi jantung ketika kecil.

"Kami tidak mengetahui punca sebenar mengapa penyakitnya tidak ditulis dalam SMM dan kemungkinan mereka terlepas pandang atau beranggapan ia tidak penting," katanya.

Jabatan Pelajaran negeri turut memberi sumbangan lebih RM4,000 yang diperoleh dari tabung derma kilat kepada keluarga mangsa bagi meringankan bebanan mereka.
Read full story

BERITA TERKINI BERKAITAN PLKN

0 comments
KUANTAN: Bapa kepada seorang remaja yang cacat fizikal dan mental terkejut apabila didatangi dua anggota polis yang mahu menahan anaknya, Mohamad Sukri, 20, kelmarin kerana gagal melaporkan diri menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada 2008.

Nelayan, Zulkifli Abdul, 46, dari Kampung Sepat, di sini berkata, dua anggota polis itu yang datang ke rumahnya kira-kira jam 9 pagi kelmarin, memaklumkan kepadanya bahawa anaknya gagal mengikuti PLKN di Kem Tanjung Gosong, Pekan dua tahun lalu.


Sehubungan itu, beliau terkilan dengan tindakan pihak berkuasa itu kerana memalukan mereka sekeluarga kerana mendakwa sudah menyerahkan kad orang kurang upaya (OKU) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) anaknya kepada Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) untuk dikecualikan.

"Anak saya cacat sejak berusia tujuh bulan dan tidak mampu mengurus diri sendiri... malah makan dan minum perlu disuap. Beliau hanya boleh duduk di atas kerusi roda saja dan hidupnya seratus peratus dibantu," katanya ditemui di rumahnya, di sini semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak pasti sama ada pihak JLKN menerima surat berkenaan atau sebaliknya sehingga menyebabkan pihak polis datang ke rumahnya tanpa merujuk atau menyiasat keadaan Mohamad Sukri.

Isterinya, Khatijah Husin, 49, pula berkata, beliau sedia menyerahkan anaknya mengikuti PLKN selama tiga bulan jika pihak kem mampu menguruskan anaknya yang memerlukan penjagaan rapi, termasuk memakai lampin pakai buang.

"Selain tidak mampu bercakap, Mohamad Sukri juga tidak boleh berjalan...beliau seperti seorang bayi yang perlu dibantu dalam semua hal,” katanya.



Emaknya terpaksa menyuap makanan kepada anaknya..
Read full story

Tuesday, March 30, 2010

KOMUNITI PERKUBURAN

0 comments
Ini adalah gambar suatu komuniti yang tinggal di kawasan perkuburan:


















Read full story

BAHAYA MEMANDU SAMBIL MENGGUNAKAN HANDPHONE(WALAUPUN GUNA ALAT BEBAS TANGAN)

0 comments
SHAH ALAM: Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) meminta pengguna tidak menggunakan telefon bimbit walaupun dengan alat bebas tangan ketika memandu. Ketua Pengarahnya, Datuk Suret Singh berkata, larangan itu berhubung kajian di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun dua tahun lalu penggunaan alat bebas tangan ketika memandu memberi impak sama seperti pemanduan dalam keadaan mabuk.

“Sehingga ini, arahan tidak membenarkan penggunaan alat bebas tangan dikeluarkan terhadap kakitangan JKJR dan pelaksanaannya ke seluruh negara akan dilakukan secara berperingkat,” katanya pada sidang media selepas program Pelupusan Topi Keledar Motosikal di Tol Batu 3 di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Superintendan Che Hussin Omar. Katanya, tanggapan orang ramai penggunaan alat bebas tangan telefon bimbit ketika memandu lebih selamat adalah kurang tepat.

“Oleh itu, untuk permulaan JKJR juga meminta kakitangannya mengubah telefon bimbit ke mod senyap sebelum memulakan perjalanan supaya tumpuan dapat diberikan sepenuhnya ketika memandu,” katanya.
Sementara itu, katanya, tahap kesedaran orang ramai terhadap penggunaan topi keledar menepati ciri keselamatan kian memuaskan dan menunjukkan perkembangan positif.


“Ini kerana, sepanjang operasi hari ini (semalam) berlangsung, majoriti penunggang dan pembonceng motosikal tidak lagi memakai topi keledar yang tidak menepati piawaian Institut Penyelidikan Industri dan Standard Malaysia (Sirim) serta memakainya mengikut cara disarankan,” katanya.

Menurutnya, perkembangan ini sekali gus dapat mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Mengulas lanjut, Suret berkata pihaknya akan terus bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan merampas penjualan topi keledar tiada kelulusan Sirim.
Read full story

ANJING MAKAN BAYI

0 comments

PETALING JAYA - Menyayat hati apabila mayat bayi lelaki yang dibuang ibu bapanya digonggong seekor anjing sebelum disedari orang awam di Jalan Padang Tembak, Subang di sini semalam.
Lebih menyedihkan, ketika ditemui pukul 4.05 petang, salah satu tangan bayi telah terputus dan terjatuh atas jalan manakala badannya digonggong anjing berkenaan.
Ketika itu, tangan bayi itu dibungkus dengan plastik manakala badannya pula tidak berbalut
Read full story

IKAN ADA MUSCLE

0 comments

LONDON - Beberapa saintis telah berjaya menghasilkan ikan trout yang genetiknya telah diubah dan perutnya mempunyai 'otot' seperti ahli sukan bina badan, lapor sebuah akhbar semalam.

Ikan mutan itu merupakan hasil usaha selama sedekad Terry Bradley yang merupakan seorang profesor perikanan dan akuakultur di Universiti Rhode Island.

Ikan trout itu mengalami peningkatan jisim otot di antara 15 hingga 20 peratus lebih tinggi berbanding ikan biasa.
Peningkatan jisim otot akan memberi manfaat komersial apabila ikan ternakan boleh menjadi lebih besar tanpa perlu menambah jumlah makanannya
Read full story

KERANDA MAHAL

0 comments
INI ADALH PETIKAN BERITA TENTANG KERANDA YANG MAHAL.

KUALA LUMPUR - Sebuah keranda berharga hampir setengah juta ringgit adalah antara tarikan utama pada Pameran Keranda - Tradisi dan Misteri di Muzium Negara di sini yang akan bermula dari 1 April hingga 20 Jun depan.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Negara (JMN), Datuk Ibrahim Ismail berkata, keranda milik masyarakat Cina yang bersadur emas itu akan dipamerkan bersama 30 jenis keranda kaum lain termasuk Melayu, India serta etnik Sabah dan Sarawak.
BERBENTUK LEMBU
Read full story

POPEYE MODEN

0 comments
Matthias Schlitte merupakan seorang warga German yang berusia 22 tahun mendakwa telah berlatih selama 6 tahun untuk menguatkan tangan kanannya.Seperti yang anda dapat lihat di bawah,tangan kanannya lebih besar dan kuat dari tangan kirinya.Beliau merupakan juara lawan tangan.






Read full story

Monday, March 29, 2010

YM

0 comments
Benda yang meluat dalam ym nie

1. Letak gambar orang lain dalam profil or letak gambar duduk dlm kumpulan/group lepas tu suruh cari mana satu dia.(Memang x kan layan la)

2. Jenis susah nak caya kat orang(sampai dah gitau banyak2 kali suruh caya,dia x caya jugak-baik delete je dari profile-x boleh buat kawan punya)

3. Jenis yang tanya macam interview or mcm polis soal siasat(malas sgt nak layan)

4. Jenis yang mula2 smbang baik je,lepas tu bila lama2.kita buzz or msg,dia senyap je or x lyn(meluat gila2,kurang-kurang gitau la dulu kenapa)

5. Nie lagi x best,tanya benda lain dia jawab lain

6. Orang yang x pandai guna bahasa(dok guna i,you,x de sikap hormat la)

7. Bila org tnya 1,1 je dia jawab..asyik balas pendek2

8. Nie lagi teruk,chat ramai2,then bila kita tanya dia ckp sorang je(tpi balas punya la lambat)


Read full story

Sunday, March 28, 2010

TIPS ONLINE

0 comments
Tips untuk online

1)NAMA PADA PROFILE
-letak nama yang sesuai.Seseorang perlu fikirkan nama yang sesuai sebelum sign up sesuatu website.
contoh nama yang sesuai dan dapat menarik perhatian : Soldierguy(seseorang akan berfikir-oh orang nie tentu seorang askar)
-Nama pada profile adalah first impression untuk tarik perhatian orang

2)TAGLINES
-Jangan gunakan tagline yang terlalu panjang(1 baris sudah cukup)
-Taipkan apa yang kita cari dan nak

3)GAMBAR
-Letakkan beberapa gambar sendiri pada web anda.Web yang mempunyai gambar senang mendapat perhatian orang ramai
Ciri-ciri gambar yang perlu diletak adalah seperti di bawah:
1.Pencahayaan yang bagus(Gambar muka nmpak dengan jelas)

2.Letakkan gambar sendiri sahaja-jangan letakkan gambar yang ditangkap secara berkumpulan dan membuatkan orang tertnya yang mna satu anda dalam gambar itu.Tunjukkan keyakinan sendiri-jangan letakkan gambar orang lain dalam ruangan gambar anda

3.Jangan letakkan gambar yang dipotong dan tidak dikenalpasti(contoh gambar tgn sahaja atau mata sahaja).Ini menunjukkan anda tidak berkeyakinan

4.Letakkan gambar yang smile dan nmpk friendly

5.Letakkan gambar yang terkini supaya senang dikenali

6.Letakkan gambar yang menarik dan tidak nmpk kaku(bagi nampk professional)
Read full story

Saturday, March 27, 2010

GAMBAR PELIK 2

0 comments
Ini adalah koleksi gambar pelik yang sempat diupload untuk tatapan anda


Askar jepun meredah sungai

Kucing kuat

Pening kepala nak tengok

Gambar pokok rukuk

Gambar yang ditangkap.Betul or x?

Macam mana boleh jadi mcm nie?

1..2...3...smile

Jalan dah bertukar??

Apa nie??censored..
Read full story

Friday, March 26, 2010

CIRI-CIRI SEORANG KAWAN

0 comments
INILAH ANTARA CIRI-CIRI YANG PERLU ADA PADA SSEORANG KAWAN

1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan,tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.

3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

4) Hargai pendapat satu sama lain.

5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress)
menjejaskan persahabatan anda.Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepadamereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.

8) Belajar daripada satu sama lain.

9) Jangan mengata di belakang kawan anda.

10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

(QUOTE YANG DIPETIK DARI INTERNET)
Read full story

TEKPI

0 comments
Senjata tekpi memang terkenal di kalangan ahli silat,senjata ini merupakan salah satu daripada senjata yang digeruni.Seseorang perlu mempelajari terlebih dahulu cara dan teknik permainan senjata ini untuk menguasai kemahiran berlawan dengan menggunakan tekpi.Saya bukan hendak menerangkan tentang tekpi secara menyeluruh.Anda lihatlah gambar senjata tekpi ini








Read full story

GAMBAR PELIK

0 comments
Gambar yang tidak dikenalpasti.Tidak pasti benda apa nie,adakah gambar ini merupakan gambar hantu yang dipakku di kepala atau sejenis bintang biasa atau sekadar gambar palsu:





Read full story

CANNIBAL

0 comments
Betul atau tidak,saya tidak pasti sebab diambil dari thread dalam forum.Gambar ini adalah tentang kanibal(orang yang makan orang).Lihat gambar tulang-tulang itu.











Read full story

Thursday, March 25, 2010

BERITA TERKINI(UTARA)

0 comments
Juruterbang maut Pilatus terhempas

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

KUBANG PASU 25 Mac - Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbunuh selepas pesawat Pilatus PC7 MKII yang dipandunya secara solo terhempas di kawasan hutan simpan Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, di sini hari ini.

Juruterbang yang terkorban dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu ialah Mejar Muhammed Zulrihan Jusof yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Allahyarham telah berkhidmat di Kolej Tentera Udara (KTU) Alor Setar sebagai jurulatih penerbangan sejak 1 Januari 2008.

Mangsa yang menyertai TUDM pada 25 Februari 1991 meninggalkan seorang balu, Wizana Abd. Ghani dan tiga anak.

Difahamkan, mayat Allahyarham Muhammed Zulrihan ditemui oleh Pasukan Penyelamat TUDM kira-kira 10 meter dari tempat bangkai pesawat berkenaan ditemui terhempas.

Mayat jurulatih penerbangan itu dikeluarkan dari lokasi kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi dan jenazahnya kemudian diterbangkan dengan helikopter Nuri ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), dekat sini untuk bedah siasat.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam satu kenyataan akhbar berkata, pesawat yang dipandu oleh Muhammed Zulrihan berlepas dari KTU Alor Setar pada pukul 10.03 pagi ini bagi tujuan latihan penerbangan.

Menurut kenyataan itu, TUDM telah menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

"Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Rodzali Daud dan seluruh warga TUDM mengucapkan takziah kepada isteri, anak-anak dan semua ahli keluarga Allahyarham.

"Pihak TUDM amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan yang telah disumbangkan oleh wira TUDM ini dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara," kata kenyataan itu.

Kali terakhir pesawat Pilatus PC-7 dilaporkan terhempas ialah di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, dekat sini pada 11 September tahun lalu yang mengorbankan dua juruterbang TUDM.

Dalam pada itu, Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Zamri Chik berkata, 14 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya mendapat panggilan pada pukul 10.25 pagi.

Sebaik tiba katanya, mereka berjaya memadamkan api yang memusnahkan sebahagian daripada pesawat berkenaan.

(DIPETIK DARI UTUSAN MALAYSIA) http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0326&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm
Read full story

GAMBAR SERAM

0 comments
Ini adalah sebahagian gambar seram yang sempat diambil oleh saya dan dikongsi dengan anda semua













Read full story

ILLUSION 2

0 comments

Cuba perhatikan gambar ini.Kemudian jauhkan diri anda dari skrin dan perhatikan gambar ini dari jauh..adakah kelihatan sama?
Read full story

MEMANAH

0 comments
Sukan memanah adalah antara sukan yang saya gemari.Sukan ini dapat meningkatkan daya fokus seseorang.Memanah memerlukan teknik yangtersendiri untuk mendapat ‘bulls eye’ atau sekurang-kurangnya dapat membuat grouping(arrow berkumpul).Memanah memerlukan seni dan teknik yang konsisten supaya dapat membuat grouping.Terdapat 9 teknik asas memanah seperti stance,set up,drawing,anchor,holding,aiming dan back tension.

Terdapat beberapa aksesori untuk memanah yang perlu digunakan sebelum seseorang mula bermain permainan ini.Sukan ini boleh dimainkan oleh semua peringkat umur.Di bawah adalah beberapa aksesori dan alat memanah.Kepada yang berminat dan hendak mengetahui lebih lanjut,e-mailkan pertanyaan kepada saya -mr.nash88@gmail.com

Klik sini untuk ke (NATIONAL ARCHERY ASSOCIATION OF MALAYSIA)


SET PAKEJ KAYU


BEGINNER SET


ADVANCE SET


AKSESORI MEMANAH

AKSESORI MEMANAH

ARROW

COMPOUND PACKAGE

INTERMEDIATE PACKAGE
Read full story