Wednesday, March 31, 2010

BERITA TERKINI BERKAITAN PLKN


KUANTAN: Bapa kepada seorang remaja yang cacat fizikal dan mental terkejut apabila didatangi dua anggota polis yang mahu menahan anaknya, Mohamad Sukri, 20, kelmarin kerana gagal melaporkan diri menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada 2008.

Nelayan, Zulkifli Abdul, 46, dari Kampung Sepat, di sini berkata, dua anggota polis itu yang datang ke rumahnya kira-kira jam 9 pagi kelmarin, memaklumkan kepadanya bahawa anaknya gagal mengikuti PLKN di Kem Tanjung Gosong, Pekan dua tahun lalu.


Sehubungan itu, beliau terkilan dengan tindakan pihak berkuasa itu kerana memalukan mereka sekeluarga kerana mendakwa sudah menyerahkan kad orang kurang upaya (OKU) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) anaknya kepada Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) untuk dikecualikan.

"Anak saya cacat sejak berusia tujuh bulan dan tidak mampu mengurus diri sendiri... malah makan dan minum perlu disuap. Beliau hanya boleh duduk di atas kerusi roda saja dan hidupnya seratus peratus dibantu," katanya ditemui di rumahnya, di sini semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak pasti sama ada pihak JLKN menerima surat berkenaan atau sebaliknya sehingga menyebabkan pihak polis datang ke rumahnya tanpa merujuk atau menyiasat keadaan Mohamad Sukri.

Isterinya, Khatijah Husin, 49, pula berkata, beliau sedia menyerahkan anaknya mengikuti PLKN selama tiga bulan jika pihak kem mampu menguruskan anaknya yang memerlukan penjagaan rapi, termasuk memakai lampin pakai buang.

"Selain tidak mampu bercakap, Mohamad Sukri juga tidak boleh berjalan...beliau seperti seorang bayi yang perlu dibantu dalam semua hal,” katanya.



Emaknya terpaksa menyuap makanan kepada anaknya..

0 comments:

Post a Comment