Saturday, April 3, 2010

BAHAYA DALAM LIF(BERITA TERKINI)


KUALA LUMPUR: Dia menanti mangsa di pintu lif sebelum ‘menjerat’ mana-mana wanita untuk masuk ke dalam bersamanya.
Lelaki berusia lewat 30-an itu kemudian bertindak berani denganmencabul mangsa biarpun dirayu berulang kali supaya tidak berbuatdemikian.


Malah, lelaki itu juga tanpa segan silu mempelawa mangsa untuk melakukan hubungan seks dengannya dalam lif berkenaan.


Difahamkan, lelaki terbabit melakukan perbuatan keji itu sejak beberapa bulan lalu.


Itu hobi pelik seorang lelaki warga asing yang dikatakan saban harimemuaskan nafsu amarahnya dengan menjadi ‘pengawal malam’ lif di FletSeri Penara, Bandar Tasik Seri Permaisuri di sini.


Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 9 malam kelmarin, seorang remaja berusia 18 tahun menjadi mangsa nafsu lelaki itu.

Mangsa dicabul berulang kali sepanjang lif berkenaan turun dari tingkat enam hingga ke kawasan lobi.


Menurut sumber, mangsa yang berang bergegas ke Balai Polis Cheras di sini, untuk membuat laporan.


Difahamkan, lelaki terbabit kemudian diberkas sekumpulan anggota polis di kawasan sama kurang 20 minit selepas laporan diterima.


Sumber berkata, ketika kejadian remaja itu dalam perjalanan untuk turun ke kedai di kawasan perumahan berkenaan.


“Sebaik menghampiri lif, seorang lelaki warga asing menunggu di hadapan lif berkenaan, namun mangsa tidak berasa curiga.

“Suspek memasuki lif itu sebelum mempelawa mangsa masuk. Sebaik pintu lif ditutup, suspek mencabul mangsa,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul RahimHamzah Othman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadianterbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan Ibu Pejabat PolisKontinjen (IPK) Kuala Lumpur mengikut Seksyen 354 Kanun Kesiksaan.

0 comments:

Post a Comment