Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagaimanapun berkata adalah penting untuk memberi penumpang wanita pilihan untuk menggunakan gerabak wanita atau gerabak campuran.
“Langkah seperti itu perlu selaras dengan usaha mendidik dan meningkatkan kesedaran bahawa gangguan seksual adalah salah dan tidak boleh diterima,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.
Kelmarin, KTMB mencadangkan untuk mewujudkan gerabak berasingan untuk penumpang lelaki dan wanita bagi perkhidmatan komuternya dalam usaha meningkatkan keselesaan para penumpangnya.
Bagaimanapun, katanya sebelum melaksanakan cadangan tersebut, ia perlu diperincikan bagi mengelak sebarang isu lain yang akan timbul.
0 comments:
Post a Comment