Monday, April 5, 2010

HARGA ROKOK 14 NAIK


KUALA LUMPUR 5 April – Penjualan rokok 14 batang akan diharamkan bagi mengehadkan kebolehcapaian awam terhadap rokok terutamanya di kalangan remaja, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kerajaan hanya akan membenarkan penjualan rokok 20 batang yang lebih mahal harganya selain memperluaskan kawasan larangan merokok di seluruh negara.

"Kita baru perkenalkan harga minimum pada Januari. Kita akan lihat kesan terlebih dahulu dan kaji langkah-langkah lain termasuk untuk adakan lebih banyak kawasan larangan merokok,” katanya ketika menjawab soalan Dr. Mohd. Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai) di persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Dr. Mohd. Hatta ingin tahu adakah kerajaan bersedia menaikkan harga lantai rokok untuk menghalang golongan muda daripada memulakan tabiat merokok.

Terdahulu, menjawab soalan Datuk Md. Sirat Abu (BN-Bukit Katil) berhubung cadangan menetapkan harga siling bagi rokok, Tiong Lai berkata, tiada keperluan bagi cadangan itu dilaksanakan kerana harga rokok pada masa ini cukup tinggi. – Bernama

0 comments:

Post a Comment